E-2 Hawkeye
E-2 Hawkeye

E-2 Hawkeye

Grumman E-2 Hawkeye adalah sebuah pesawat Kawalan dan Amaran Awal Udara yang beoperasi di atas kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat. Pesawat turbin bebaling berkembar ini telah dibangunkan pada tahun 1950-an oleh Grumman untuk Tentera Laut A.S bagi mengantikan penggunaan pesawat E-1 Tracer. Pesawat milik Tentera Laut A.S telah dipertingkatkan secara progresif dengan versi terbarunya E-2D, telah melakukan penerbangan sulung pada tahun 2007. Sejumlah kecil pesawat ini juga telah digunakan oleh beberapa buah negara lain dengan Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun menjadi pengguna terbesarnya. Pesawat ini mendapat gelaran sebagai "Super Fudd"[1] disebabkan ia mengantikan "Willy Fudd" (E-1 Tracer). Pada hari ini, Hawkeye lebih dikenali sebagai "Hummer" disebabkan kelainan bunyi yang dihasilkan oleh enjin bebalingnya.